BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Khamis, 21 Oktober 2010

DISKUSI SASTERA DENGAN MEDIA DALAM LIPUTAN AKHBAR

Diskusi Sastera dengan Media yang dianjurkan pada 6 Oktober 2010 lalu bertempat di bangunan E-Learning UPSI telah berjalan lancar. Seramai 120 peserta terlibat yang terdiri daripada Editor majalah, akhbat dan editor penerbit buku, para profesor, pensyarah, ahli persatun BUDIMAN, pelajar dan wartawan p-elbagai media. Disuksi menjadi medang kepada peserta menyuarakan pandangan serta buah fikiran tentang peranan media dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu daripada sudut penerbitan dalam media cetak. Diskusi ini mendpt liputan meluas akhbar Berita Harian dan Harakah. Diskusi kali ini berjaya mempertemukan tokoh-tkoh editor dengan peminat sastera, penulis dan bakal penulis yang ingin menghantar karya ke media cetak.

TAHNIAH KEPADA KERABAT BUDIMAN

Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) merakamkan ucapan tahniah atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) kepada Ketua 1, sdr a halim ali sempena Istiadat konvekesyen UPSI ke-12 pda 13 Oktober baru-baru ini.Demikian juga dengan sdr Ghazali Din yang menerima ijazah Sarjana (MA) Penulisan Kreatif.

Isnin, 4 Oktober 2010

SAJAK TERBAHARU

Si Cantik Si Jelik



Si cantik
dan
si jelik
diam dalam diriku.

Si cantik buat kumenarik
si jelik buat kusebalik.

Si cantik buat kuindah
si jelik buat kuhodoh.


Si cantik buat kughairah
si jelik buat kugundah.

Si cantik buat kumegah
si jelik buat kumuhasabah.

Si cantik jelik.
si jelik cantik.


Semsas, Kuantan
04092010

Khairul Hakimi Mansor
No. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4,
Country Home,
26060 Kuantan.

Sabtu, 2 Oktober 2010

AKTIVITI DALAM BULAN OKTOBER 2010

Kepada semua ahli Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Berikut dimaklumkan beberapa aktiviti pada minggu pertama bulan Oktober.

1) Diskusi Karya Siri III
Novel: Menjaring Mimpi (Johari Abd Hamid)
Panel: Prof. Madya Dr. Talib Samat
Encik Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir
Dr. Hj abdul Ghani Abu
Moderator: Dr. Azhar Haji Wahid

Tempat: Dewan Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun.
Masa : Jam 8.00 - 1.00 tengah hari
Masuk : Percuma
Makanan disediakan.

2) Diskusi Sastera dengan Media
Panel Rozninah Abd Azib (Editor Kanan Majalah Dewan Sastera), DBP
Ku Seman Ku Hussien (Pen. Editor, Mingguan Malaysia).
SM Zakir, Penulis/Setiausaha PENA
Asma Fadila (Editor Penerbit PTS)

Moderator: Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin

Media jemputan: Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo, Dewan
Sastera, Tunas Cipta, Warta Kampus, PENA, Penerbit UPSI, Penerbit PTS

Tempat : Aras 5, Bangunan E-Learning, UPSI.
Masa: Jam 2.40 petang - 5.00 petang.
Berkonsepkan Hi-Tea dan jamuan raya: bayaran RM 20.00 / Pelajar uni. 10.00

Kepada semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.