BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Ahad, 31 Januari 2010

BUDIMAN ANJUR DISKUSI KARYA


Satu majlis Diskusi karya telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa serta Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Diskusi karya membiacara sebuah novel karya Hasrima Baharum berjudul Kiblat Mawaddah dan kumpulan puisi Ihsan Noorzali berjudul Merindui Alam.
Panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah Dr Azhar Wahid, Ariff Mohamad dan Dr Talib Samat yang mendiskusikan novel Kiblat Mawaddah. Manalah kumpulan puisi Merindui Alam didiskusikan oleh Dr Mohd Johari Hamid dan Taj Rijal Mohamad Romli. Majlis diskusi ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof. Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin.
Majlis diskusi ini melibatkan para peserta daripada kalangan pelajar iojazah sarjana muda, pelajar sarjana, ahli akademik dan orang awan seramai 120 orang.

AJK BAHARU BUDIMAN

Mesyuarat agung kali pertama BUDIMAN telah memutuskan ajk penaja sebelum ini dilantik sebagai ajk Budiman. Keanggotaan baharu ajk terdiri daripada dua orang pelajar sarjana dan sarjana muda sastera. Berikut ialah senarai ajk baharu BUDIMAN;

Ketua 1 : Dr.Abdul Halim Ali (a.halim ali)
Ketua 2 : Dr Azhar Hj Wahid
Setiausha 1 : Pn.Hasrina Baharum
Setiausaha 2 : Sdr.Ariff Mohamad
Bendahari : Sdr.Ismail Man
AJK:
Penerangan &
Perhubungan : Sdr.Ghazali Din (Ihsan Noorazali)
Persidangan : Prof. Madya Dr Talib Samat
Penerbitan : Dr Hj Mohd Johari Abd. Hamid
Keagamaan : Sdr.Taj Rijal Mohamad Romli
Kemasyarakatan: Sdr.Mohd Zawawi Jahya

MESYUARAT BUDIMAN AGUNG BERJALAN LANCAR


Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) berjalan lancar. Seramai 30 orang ahli berdaftar menghadiri mensyuarat ini. Prof. Bukhari Lubis telah berjaya menjalankan tugas sebagai Pengerusi mesyaurat. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah Undang-Undang Persatuan, laporang aktiviti, perkembangan terkini keahlian dan juga pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu. Mesyuarat penubuhan persatuan ini telah mendapatliputan akhbar Berita Harian dengan siaran akhbar pada 27 Januari.

Selasa, 12 Januari 2010

DISKUSI KARYA DAN MESYUARAT AGONG PERTAMA

Budiman akan mengadakan mesyuarat agung pertama pada 23 Jan 2010 (Sabtu) jam 11.45 pagi bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun. Krpada semua ahli berdaftar dan juga ahli yang belum berdaftar atau pensyarah yang berminat dengan sukacitanya dijemput hadir pada mesyuarat tersebut.
Selain itu, satu majlis diskusi karya akan diadakan pada jam 8.30 pagi di tempat yang sama. Diskusi karya membicarakan novel Kiblat Mawaddah karya Hasrina Baharum dan Kumpulan Puisi Ihsan Norazali.

Selasa, 5 Januari 2010

SAJAK: DURI DALAM BELUKAR KITA

Duri dalam belukar kita
(kepada siapa yang mengerti)


Tumbuh dari dua pohon hawa
dari tulang rasa hati
tajam durinya merentang
di tengah-tengah laluan
dalam belukar kita
tempat cucu adam berpijak
dan bermain-main di meja.

Kita masih nanar dalam belukar
walaupun tahu tajamnya duri
kita terpijak dan disentak
sudah berapa kali
meja dan kerusi
tempat duduk kita menjadi
tidak selesa, keras dan berkeluli
panas dan membakar hati.

Suara kita luka berdarah
suara siapapun tidak diendah
ini suara dari gema pohon hawa
wangi dan tajam berduri
membelah ulu hati.

Daerah kita telah lama kehilangan seri
daerah kita telah lama dimamah api
cucu adam kian luka di kaki
berdarah di hati.

Duri dalam belukar kita
menyucuk jantung cendekiawan
menyentak kesinambungan
sebuah kegemilangan.

Tanjung Malim.
5 Jan 2010