BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Ahad, 31 Januari 2010

BUDIMAN ANJUR DISKUSI KARYA


Satu majlis Diskusi karya telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa serta Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Diskusi karya membiacara sebuah novel karya Hasrima Baharum berjudul Kiblat Mawaddah dan kumpulan puisi Ihsan Noorzali berjudul Merindui Alam.
Panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah Dr Azhar Wahid, Ariff Mohamad dan Dr Talib Samat yang mendiskusikan novel Kiblat Mawaddah. Manalah kumpulan puisi Merindui Alam didiskusikan oleh Dr Mohd Johari Hamid dan Taj Rijal Mohamad Romli. Majlis diskusi ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof. Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin.
Majlis diskusi ini melibatkan para peserta daripada kalangan pelajar iojazah sarjana muda, pelajar sarjana, ahli akademik dan orang awan seramai 120 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan