BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Jumaat, 22 April 2011

JAWATANKUASA BUDIMAN TUBUH SEKRETARIAT

SEKRETARIAT BUDIMAN

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) kali pertama yang diadakan pada 22 April 2011 (Jumaat jam 4.00 ptg di Bilik Mesyuarat Hamzah Fansuri telah menubuhkan lima sekretariat yang akan menggerakkan perancangan BUDIMAN untuk tempoh dua tahun. Sekretariat yang diwujudkan dan keanggotaannya ialah;

PRESIDEN
Abdul Halim Ali


SETIAUSAHA
Alizah Lambri

1) PENGURUSAN
Arif Muhamad
Ismail Man

2) PERHUBUNGAN
Mohammad Bohari@Bukhari Lubis
Mohd Johari Abdul Hamid
Julita@ Julietta Taisin

3) PERSIDANGAN
Azhar Wahid
Abdul Rahman Napiah

4) PENERBITAN
Naffi Mat
Arif Mohamad

5) SERANTA
Ghazali Din
Armin Salleh

Selasa, 19 April 2011

SAJAK TERBAHARU JAMILAH MOHAMAED NOR

Di Rumah Sepi Ini



Denai kasihku terlerai layu
lorong ke rumah itu semakin sepi
kulangkah kaki berbekal sisa cintamu
kau pergi...
belum sempat ku teguk manisnya bulan madu
belum kukecapi indahnya musim bunga
belum jua ku tempuh gelora lautan kasih
yang di kata indah di lambung ombak
Bermaini di gigi pantai
melihat camar terbang
bagai diri di bawa bersama...

wasiatmu ...kekuatan bagiku
untuk ku menempuh perjalanan yang panjang
termanggu aku di pusara mimpi
bila ku buka jendela itu
di rumah nan sepi tanpamu
kau semakin jauh pergi...
lambaian terakhirmu
memekar rinduku....
entah musim ini berganti
bagai mahu kuulang lagi
bersamamu.....

sepi hati melihat rumah ini
kau bertebaran di penjuru mata
kau ada di mana-mana
bagai terdengar suara menyapa lembut
memanggilku,berbicara bagai selalu...
kan ku akhiri jua kenangan ini
agar kau dan aku
di kurniakan kebahagiaan yang kekal abadi
ku kunjungi pusara mu
tanda kasihku tak pernah terpadam.

Karya
Jamilah Mohamed Nor
Kelang.

Sabtu, 16 April 2011

AHLI JAWATANKUASA BUDIMAN SESI 2011/2012

Mesyarat Agung Pertama Budiman yang diadakan pada 16 April 2011 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyaurat Hamzah Fansuri, Fakulti Bahasa UPSI berjalan lancar, meriah dan penuh harmoni dengan korum yang melebih satu perdua.Berikut adalah Ahli Jawatankuasa baharu yang dipilih;

Presiden: Dr. Abdul Halim Ali
Timb.Presiden: Dr. Azhar Wahid
Setiausaha: Dilantik oleh Presiden dalam mesy. AJK
Pen.Setiausaha: Dilantik oleh Presiden dalam mesy. AJK
Bendahari: Ismail Man
5 AJK Prof. Dr.Mohamad Bohari@Bukhari bin Lubis
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)
Dr. Naffi Mat
Dr. Mohd Johari Abd Hamid
Ghazali Din
Ariff Mohammad

Pemeriksa Dr. Hj Idris Mohd Radzi
Kira-Kira Dr. Sohaimi

Semoga ahli jawatankuasa baharu ini dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik, sempurna dan berkesan.

Presiden.

Jumaat, 15 April 2011

MESYUARAT AGUNG BUDIMAN

Makluman kepada semua ahli Persatuan Penulis Budiman, bahawa satu mesyuarat agung BUDIMAN akan diadakan pada 16 April 2011 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Bahasa dan Komunikasi Jam 10. 40 pagi. Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan kepada semua ahli menerusi emel masing-masing.

Semua ahli diwajibkan hadir. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Dr. Abdul Halim Ali menerusi hp o13-3326213.

PELANCARAN ANTOLOGI

PELANCARAN ANTOLOGI `DALAM REDUP WAJAH IBU`



Persatuan telah melancarakan sebuah antologi puisi berjudul `Dalam redup wajah ibu` pada 15 April 2011 bertempat di Dewan Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Antologi ini memuatkan 312 buah karya sajak para pelajar kursus Keterampilan Penulis dan diselenggarakan oleh a halim ali. Dekan Fakulti Bahasa, Dr. Nor Azmi Mostafa telah menyempurnakan majlis pelancaran ini.
Majlis ini diikuti dengan diskusi oleh dua orang tokoh iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Rosli Saludin dan Encik Ariff Mohammad. Dialog bersama Encik Ruslan Raffar, Editor Majalah Tunas Cipta juga diadakan.