BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Selasa, 17 Mei 2011

KEMBARA SELATAN

Persatuan Penulis BUDIMAN Malaysia akan menganjurkan program Kembara Selatan yang bermula pada 20-23 Mei 2011. Seramai 16 orang ahli akan menyertai kembara ini. Destinasi kembara ialah Melaka, Johor Baharu, Singapura, Batam dan Tanjung Pinang Indonesia. Objektif Kembara ini ialah untuk memperkenalkan Persatuan kepada pihak luar termasuk rakan-rakan NGO sastera di Singapura dan Indonesia. Di Melaka, rombongan akan singgah di rumah kediaman Ketua Menteri Melaka untuk menyampaikan memorandum keutuhan bahasa. Peserta kembara akan mengadakan pertemuan dengan ASAS 50 di Singapura dan menyertai Persatuan Sasterawan Nusantara ke 1- di Furama City Hotel dan bertemu dengan Majlis Kebudayaan Melayu Singapura. Beberapa aktiviti akan disertai di Batam dan Tanjung Pinang ialah ramai mesra dengan pihak Universiti Raja Ali Haji, WSalikota Batam dan Walikota Tanjung Pinang.