BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Isnin, 13 Jun 2011

KEMBARA RUMPUN MELAYU

CATTATAN 1

Perjalanan ke Selatan dalam Program Kembara Rumpun Melayu bermula dari UPSI dengan peserta seramai 13 orang bertolak pada jam 6.45 pagi 20 Jun 2011. Dengan doa mengharapkan reda dan keselamatan daripada Allah SWT bas bergerak melalui lebuh raya menuju ke Melaka. Dalam masa tiga jam rombongan sampai di Kediaman Rasmi KM Melaka Dato Seri Hj Mohd Ali Rostam. YAB KM akan menyempurnakan pelepasan rasmi kembara rumpun Melayu yang turut disertai GAPENA dan ISMMA. Dalam majlis bersama KM Melaka, Presiden sempat menyampaikan ucapan ringkas dan menyampaikan memorumdum 3 perkara berkaitan keutuhan Bahasa Melayu kepada KM Melaka. Kandungan memorundum 3 perkara itu akan dimuatkan dalam sambungan catatan 1 akan daang.