BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Selasa, 8 Disember 2009

SUMBANGAN KARYA

Para ahli dan peminat bahasa dan sastera Melayu amat dialu-alukan untuk menyumbangkan karya dalam bentuk kreatif atau non kreatif. Karya kreatif pelbagai genre dialu-alukan, manakala karya non kreatif diharap tidak terlalu panjang. Hantar ke alamat emel perbudiman@gmail.com untuk perhatian sdr a halim ali atau Hasrina Baharum. Sertakan nama, no. perhubungan dan alamat untuk rekod kami.

Isnin, 7 Disember 2009

MENANGANI PARADOKS

Tidak sebagai bangsa-bangsa lain di dunia ini, sebahagian besar manusia bernama dan berbangsa Melayu tidak berasa sayang dan cinta terhadap peradaban bangsanya sendiri. Dalam waktu bangsa Melayu kehilangan ikon peradabannya, dalam masa yang sama jugalah sebahagian besar daripada mereka tidak ambil kisah, malah berasa tidak apa sekiranya ikon peradaban bangsa Melayu itu lupus dan ditelan zaman.
Apakah dia ikon peradaban bangsa Melayu? ikon ialah simbol yang padanya dapat dirujuk, dilihat dan difahami makna sesuatu. Dalam peradaban bangsa Melayu, tidak banyak ikon ini yang masih memiliki upaya wacana dan masa depan. Ikon-ikon ini dapat dilihat hadir dalam bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu,kebudayaan Melayu adat dan warisan Melayu. Tulisan jawi adalah salah satu ikon, pantun, syair, teromba, keris, tarian zaphin dan lain-lain.
Sebahagian besar masyarakat Melayu tidak memandang ikon-ikon ini sebagai warisan bangsa yang perlu dipertahan dan diperkasakan. Mereka mencari bahasa asing, mencari budaya dan kesusasteraan asing, khususnya Inggeris sebagai wadah pengungkapan. Mereka tidak yakin dengan bahasa sendiri, kesusasteraan sendiri dan budaya sendiri.
Dalam waktu sebahagian benar orang Melayu tidak edah pada peradabannya, ramai pula sarjana dan bangsa lain di dunia yang mencari, menghargai dan mengkagumi peradaban Melayu. Pelik tetapi memalukan diri orang Melayu itu sendiri, kerana orang asing pula yang bereusaha gigih mengkaji, memelihara dan mengkagumi peradaban kita.
Orang pernah berkata, memberi kefahaman kepada bangsa sendiri dengan bahasa sendiri lebih mudah. Tetapi hakikat tidak begitu, sebahagian besar orang Melayu yang mendakwa dan yakin dirinya `maju` kerana bahasa asing itu sebenarnya sukar memahami hakikat ketinggian peradaban bangsa Melayu, sekalipun diberi kefahaman dengan menggunakan bahasa Melayu sendiri.
Lebih malang lagi, orang Melayu yang berjuang untuk memperkasakan bahasa dan kesusasteraan Melayu ditentang dan `dihalang' oleh orang Melayu sendiri.

Ahad, 6 Disember 2009

MENYUMBANG BUAH FIKIR

Setiap daripada kita yang berdiri dan bergerak dalam dunia persuratan Melayu harus menyedari, bahawa kelangsungan hayat persuratan Melayu tidak tertanggung atas bahu bangsa lain, melainkan bangsa Melayu itu sendiri. Tanpa kesedaran ini, kita tidak akan faham dan tidak akan berasa terhutang budi kepada dunia peradaban bangsa yang pada upayanya kita direzekikan Tuhan memperolehi pekerjaan dan sumber pendapatan. Daripada situ jugalah kita meneruskan kelangsungan kehidupan untuk anak-anak dan generasi kita. Lantas, apakah wajar kita mengambil sikap bersahaja melihat susuk tubuh peradaban yang kian mengecil dan kehilangan upaya.Marilah kita mengambil pelaung dengan menyertai BUDIMAN untuk menyatakan sikap dan menetapkan komitmen terhadap usaha pemerkasaan peradaban bangsa menerusi bidang persuratan Melayu. Marilah kira bersama-sama menyumbang buah fikir, tenaga dan material meskipun tidak seberapa untuk menjayakan usaha murni ini.