BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Ahad, 6 Disember 2009

MENYUMBANG BUAH FIKIR

Setiap daripada kita yang berdiri dan bergerak dalam dunia persuratan Melayu harus menyedari, bahawa kelangsungan hayat persuratan Melayu tidak tertanggung atas bahu bangsa lain, melainkan bangsa Melayu itu sendiri. Tanpa kesedaran ini, kita tidak akan faham dan tidak akan berasa terhutang budi kepada dunia peradaban bangsa yang pada upayanya kita direzekikan Tuhan memperolehi pekerjaan dan sumber pendapatan. Daripada situ jugalah kita meneruskan kelangsungan kehidupan untuk anak-anak dan generasi kita. Lantas, apakah wajar kita mengambil sikap bersahaja melihat susuk tubuh peradaban yang kian mengecil dan kehilangan upaya.Marilah kita mengambil pelaung dengan menyertai BUDIMAN untuk menyatakan sikap dan menetapkan komitmen terhadap usaha pemerkasaan peradaban bangsa menerusi bidang persuratan Melayu. Marilah kira bersama-sama menyumbang buah fikir, tenaga dan material meskipun tidak seberapa untuk menjayakan usaha murni ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan