BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Rabu, 19 Mei 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF BERJAYA


Bengkel penulis kreatif anjuran Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pendidikan Bahasa Melayu Semester 5, UP{SI, telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mac 2010 bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan tuanku Bainun, UPSI. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar terlibat dalam bengkel sehari ini.
Antara pengisian bengkel ialah Kaedah menulis novel yang disampaikan oleh Dr Hj Talib Samat, Penulisan cerpen oleh Sdr Ariff Mohd dan penulisan sajak oleh Sdr A.Halim ali. Pada sebelah petang diadakan sesi dialog bersama Editor Kanan Sastera Berita Harian Pn Salbiah Ani dan Editor Kanan Majalah Dewan Sastera, Puan Rozninah Abd Aziz..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan