BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Rabu, 28 Julai 2010

SEMINAR KESUSASTERAAN MELAYU MODEN SEMASA

Pihak Persatuan Penulis Budiman akan menganjurkan secara bersama dengan pihak Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba, UPSI Seminar Kesusasteraan Moden Semasa bersempena majlis pelancaran antologi buku `Tanduk Sumbing` pada 31 Julai 2010 (Sabtu) ini bertempat di Auditorium Utama UPSI bermula jam 8.00 hingga 5.30 petang. Seminar ini membariskan panel daripada kalangan tokoh-tokoh sastera tanah air seperti Dr Mawar Safei (UKM), SM Zakir (PENA), Nisah Haron (PEN), Mohamad Daud Mohamad (DBP), Naffi Mat (UPM), a halim ali (Ketua 1, BUDIMAN), Profesor Emeritus Dato Mohd Yusof Hassan (Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, UPSI), Dr Azhar Wahid (UPSI), Ariff Muhamad (BUDIMAN), Dr Mohd Johari Abdul Hamid (UPSI), Prof., Dr. Zakaria Ali (UPSI)dan Dr Abdul Ghani Abu (UPSI).Seminar dan pelancaran antologi ini akan disempurnakan oleh Orang Besar Batang Padang. Seramai 300 peserta dijangka hadir.
Ketua 1 sdr a halim ali menyerukan kepada semua ahli BUDIMAN diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan