Ahad, 29 Ogos 2010
BACA PUISI 1957
Persatuan Penulis budiman (BUDIMAN) akan menganjurkan Majlis Santai Baca Puisi 1957 pada 1 September 2010 (Rabu) bertempat di Anjung Pendeta, Fakulti Bahasa dan Komunikasi bermula jam 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. Tujuan baca puisi ini ialah untuk mengimbau dan menyemarakkan semangat kemerdekaan negara serta memperbaharui tekad mempertahankan kemerdekaan negara. Antara penyajak yang dijangka terlibat ialah a halim ali, Mohd Rosli Saludin, Bukhari Lubis, Johari Hamid, Ihsan Noorzali,Arif Mohd, Ani Omar, Azhar Wahid dan Ghani Abu. Turut menyertai baca puisi ini ialah ahli-ahli BUDIMAN, para pelajar dan pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Khamis, 26 Ogos 2010
DUA SAJAK TERBAHARU
SRIKANDI
Sudah aku menelusuri sifatmu
Serta bait-bait lafaz yang kau tinggalkan
Kisah sedih dan riang yang kau lalui
Tidak mampu aku bayangkan
Perit dan pedih luka yang menanggung
Siti Khadijah
Usia tuamu bukan penghalang cinta nabi
Pada wanita setabah dan sesabarmu
Berkorban harta dan jiwa
Demi cinta pada Allah dan rasul
Rabiatul Adawiyah
Suci kasihmu pada-Nya bukan biasa
Biar seribu lelaki mendambakan kasih
Namun kau bukan begitu
Kerana kasihmu
Hanya luhur kepada tuhan
Dan aku
Bukan siapa-siapa
Yang berhak menjadi sepertimu
Hanya sebutir pasir di kaki
Di sisi tuhan
Jauh sekali mengharapkan kasih lelaki
Yang zuhud seperti nabi
Namun aku tetap menantinya
Untuk bersama-sama
Ke syurga
LAGU-LAGUKU YANG TERINDAH (BUAT TEMAN-TEMAN)
Aksara cinta bermain di ruang mata
Menciptakan bait-bait lagu yang indah
Warna-warna terang yang menyilaukan
Ternyata mampu membina bahagia
Lagu-laguku yang indah
Ada baris-baris cerita bersama
Dalam ratap duka kita
Pahit manis pasti dikenang
Simpanlah kenangan kita
Selama empat tahun bersama
Menyemai janji-janji untuk tetap bersatu
Bersahabat sepanjang hayat
Sepeti lagu-laguku yang indah
Aku mengenang masa silam yang kita lalui
Kadang seperti jalan yang tidak merata
Namun, itu bukan penghalang
Untuk kita mencapai tujuan yang sama
Di Maktab Ibu Kandung ini
Yang kita janjikan dahulu
Mengecap manis kejayaan menuntut ilmu
Di samping mengenali sikap kita
Yakinlah kita pasti akan bersama
Biar kita sudah mengemudi haluan masing-masing
Janji untuk bersama pasti tidak terlupa
Kerana kita tahu
Nilai sebuah persahabatan yang utuh
Meskipun badai melanda
Kerana kita sudah bersedia
Dengan rumah yang teguh terbina
Dibeli dengan harga sebuah keikhlaan
Serta tingginya nilai sebuah kejujuran
Dari kedai keinsafan
Berjanjilah menjaga rumah kita ini
Dengan setitis doa dan harapan
Hiaslah rumah kita
Dengan bunga kejujuran
Yang lahir dari hati yang tulus
Setulus cinta kita pada tuhan
NORHAZWIN BINTI MUHAMAD HASHIM
Tanjong Malim.
Feb 2010
Sudah aku menelusuri sifatmu
Serta bait-bait lafaz yang kau tinggalkan
Kisah sedih dan riang yang kau lalui
Tidak mampu aku bayangkan
Perit dan pedih luka yang menanggung
Siti Khadijah
Usia tuamu bukan penghalang cinta nabi
Pada wanita setabah dan sesabarmu
Berkorban harta dan jiwa
Demi cinta pada Allah dan rasul
Rabiatul Adawiyah
Suci kasihmu pada-Nya bukan biasa
Biar seribu lelaki mendambakan kasih
Namun kau bukan begitu
Kerana kasihmu
Hanya luhur kepada tuhan
Dan aku
Bukan siapa-siapa
Yang berhak menjadi sepertimu
Hanya sebutir pasir di kaki
Di sisi tuhan
Jauh sekali mengharapkan kasih lelaki
Yang zuhud seperti nabi
Namun aku tetap menantinya
Untuk bersama-sama
Ke syurga
LAGU-LAGUKU YANG TERINDAH (BUAT TEMAN-TEMAN)
Aksara cinta bermain di ruang mata
Menciptakan bait-bait lagu yang indah
Warna-warna terang yang menyilaukan
Ternyata mampu membina bahagia
Lagu-laguku yang indah
Ada baris-baris cerita bersama
Dalam ratap duka kita
Pahit manis pasti dikenang
Simpanlah kenangan kita
Selama empat tahun bersama
Menyemai janji-janji untuk tetap bersatu
Bersahabat sepanjang hayat
Sepeti lagu-laguku yang indah
Aku mengenang masa silam yang kita lalui
Kadang seperti jalan yang tidak merata
Namun, itu bukan penghalang
Untuk kita mencapai tujuan yang sama
Di Maktab Ibu Kandung ini
Yang kita janjikan dahulu
Mengecap manis kejayaan menuntut ilmu
Di samping mengenali sikap kita
Yakinlah kita pasti akan bersama
Biar kita sudah mengemudi haluan masing-masing
Janji untuk bersama pasti tidak terlupa
Kerana kita tahu
Nilai sebuah persahabatan yang utuh
Meskipun badai melanda
Kerana kita sudah bersedia
Dengan rumah yang teguh terbina
Dibeli dengan harga sebuah keikhlaan
Serta tingginya nilai sebuah kejujuran
Dari kedai keinsafan
Berjanjilah menjaga rumah kita ini
Dengan setitis doa dan harapan
Hiaslah rumah kita
Dengan bunga kejujuran
Yang lahir dari hati yang tulus
Setulus cinta kita pada tuhan
NORHAZWIN BINTI MUHAMAD HASHIM
Tanjong Malim.
Feb 2010
SAJAK
Kami siarkan sajak kriman Norhazwin Mohd Hashim berjudul `Seorang Pemandu bas`. Tahniah atas sumbangan sajak sdri.
SEORANG PEMANDU BAS
Dari bening pagi hingga malam kelam
Tidak pernah berhenti
Menekan pedal minyak
Dan memutar stereng
Hanya kerana ingin melihat
Bangsamu berjaya
Di puncak menara gading ini
Tanggungjawabmu lebih besar
dari seorang pensyarah
Kerana di tanganmu
Terletak beribu nyawa
Bakal beribu guru
Norhazwin binti Muhamad Hashim
Tanjnong Malim.
SEORANG PEMANDU BAS
Dari bening pagi hingga malam kelam
Tidak pernah berhenti
Menekan pedal minyak
Dan memutar stereng
Hanya kerana ingin melihat
Bangsamu berjaya
Di puncak menara gading ini
Tanggungjawabmu lebih besar
dari seorang pensyarah
Kerana di tanganmu
Terletak beribu nyawa
Bakal beribu guru
Norhazwin binti Muhamad Hashim
Tanjnong Malim.
SAJAK
Di sini saya siarkan sajak kiriman sdr Khairul Hakimi Mansur berjudul Menyapa Sungai Melaka. Maaf kpd sdr Hakimi, krn emel perbudiman baru dibuka. Terima kasigh kpd sdr kerana menyertai laman blog ini. harap terus beri komitmen.
MENYAPA SUNGAI MELAKA
Di loteng rumah limas Kampung Morten
cerah pagi mengintai di celah dinding
bayu memujuk menepuk-nepuk bahu
mengajak duduk di tangga batu
menuruni anak tangga ke selasar serambi
berseranggung di tangga kesejukan
menyapa Sungai Melaka dimamah usia
melimpah ruah kesabaran berkampung
melayani cucu cicit anak kandung
Tun Teja, Tun Jebat, Tun Tuah
Tun Kudu, Tun Mutahir,
Tun Ali, Tun Fatimah
mata meliar-liar tercari-cari
belacak hodoh
dan udang galah sepit biru
yang menghilang dibaham
gelojoh algojo modenisasi
KHAIRUL HAKIMI MANSOR
Kg. Morten
02062008
N0. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4
Country Home
26060 Kuantan
MENYAPA SUNGAI MELAKA
Di loteng rumah limas Kampung Morten
cerah pagi mengintai di celah dinding
bayu memujuk menepuk-nepuk bahu
mengajak duduk di tangga batu
menuruni anak tangga ke selasar serambi
berseranggung di tangga kesejukan
menyapa Sungai Melaka dimamah usia
melimpah ruah kesabaran berkampung
melayani cucu cicit anak kandung
Tun Teja, Tun Jebat, Tun Tuah
Tun Kudu, Tun Mutahir,
Tun Ali, Tun Fatimah
mata meliar-liar tercari-cari
belacak hodoh
dan udang galah sepit biru
yang menghilang dibaham
gelojoh algojo modenisasi
KHAIRUL HAKIMI MANSOR
Kg. Morten
02062008
N0. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4
Country Home
26060 Kuantan
Selasa, 3 Ogos 2010
SLOT RISENSI BUKU TANDUK SUMBING BERSAMA RTM
Pada 29 Julai 2010 (Khamis) lalu, Ketua 1, Sdr a halim ali bersama `Dr mohd Johari (AJK) Persatuan Penulis Budiman telah ke udara dalam slot Risensi bersama RTM. Risensi ini bagi memperkatakan secara ringkas tentan buku antologi Tanduk Sumbing yang akan dilancarkan pada 31 Julai 2010. Risensi bersama RTM berlangsung dalam suasana ceria selama 15 minit yang dikendalikan oleh Sdr Ramli Awang Morshid.
Isnin, 2 Ogos 2010
SEMINAR KESUSAS MELAYU MUTAKHIR
Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) dengan kerjasama Kursi Tun Abdul Ghaffar, UPSI telah menganjurkan Seminar Kesusasteraan Mutakhir sempena pelancaran Buku antologi Tanduk Sumbing pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Barisan ahli panel yang terlibat ialah:
1) Dr Mawar Shafei yang menganalisis perkembangan terbaharu novel Melayu khususnya yang melibat novelis wanita angkatan baharu.
2)Nisah Harun dari Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)membentangkan perkembangan terbaharu novel fiksyen sains di Malaysia.
3) Mohd Daud mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera (DBP)membincangkan perkembangan cerpen,
SM Zakir (PENA) membincangkan pengaruh pascamodenisme dalam cerpen Melayu
4) Hj Naffi Mat (UPM) membincangkan perkembangan mutakhir kesusasteraan Melayu khususnya yang melibatkan peranan SITC-UPSI.
5) Prof Zakaria Ali membincangkan perkembangan puisi
6) A.Halim Ali (Ketua 1, Budiman) mengulas puisi dalam antologi Tanduk Sumbing
7) Ariff Muhammad (Budiman) menganalisis cerpen dalam antlogi Tanduk sumbing
8) Dr Azhar Wahid (Budiman) menganalisis novel Hembusan Rindu karya Ismail Man
Semianr ini disertai hampir 300 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i, pelajar sekolah, kaki tangan UPSI, peminat sastera dan juga ahli-ahli Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)