BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Khamis, 26 Ogos 2010

SAJAK

Di sini saya siarkan sajak kiriman sdr Khairul Hakimi Mansur berjudul Menyapa Sungai Melaka. Maaf kpd sdr Hakimi, krn emel perbudiman baru dibuka. Terima kasigh kpd sdr kerana menyertai laman blog ini. harap terus beri komitmen.


MENYAPA SUNGAI MELAKA


Di loteng rumah limas Kampung Morten
cerah pagi mengintai di celah dinding
bayu memujuk menepuk-nepuk bahu
mengajak duduk di tangga batu


menuruni anak tangga ke selasar serambi
berseranggung di tangga kesejukan
menyapa Sungai Melaka dimamah usia
melimpah ruah kesabaran berkampung
melayani cucu cicit anak kandung
Tun Teja, Tun Jebat, Tun Tuah
Tun Kudu, Tun Mutahir,
Tun Ali, Tun Fatimah

mata meliar-liar tercari-cari
belacak hodoh
dan udang galah sepit biru
yang menghilang dibaham
gelojoh algojo modenisasi


KHAIRUL HAKIMI MANSOR

Kg. Morten
02062008
N0. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4
Country Home
26060 Kuantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan