BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Ahad, 16 Januari 2011

DISKUSI NOVEL INTERLOK

Satu dikusi tentang novel Interlok karya SN Abdullah Hussain akan diadakan di Dewan Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. pada 24 Jan 2011 (Isnin) jam 2.00- 5.00 petang. Diskusi ini dianjurkan pihak Perpustakaan dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman Malaysia. Panel diskusi ialah;

1) Prof. Madya. Dr. Abd Rahman Napiah (Mana Sikana) Pensyarah Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, UPSI
2) Dr. Abdul Halim Ali (A.Halim Ali), Ketua 1, Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Kepada semua ahli Persatuan yang kelapangan dijemput hadir.

1 ulasan:

  1. insyaAllah akan ke sana...kupasan isu yang sangat menarik dan boleh diketahui secara lebih lanjut oleh semua mahasiswa universiti..

    BalasPadam