BICARA MENGUNDANG

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera.Bismillah hirohma nirahim.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung ke blog rasmi persatuan penulis Budiman atau ringkasnya BUDIMAN. Blog ini menyediakan pelbagai informasi tentang dunia persuratan Melayu di tanah air, khususnya yang melibatkan perkembangan dan kegiatan BUDIMAN dalam usahanya menyumbang kepada perkembangan dan pemerkasaan persuratan Melayu di negara ini.Para pengunjung dijemput berkongsi maklumat, pandangan dan buah fikiran dan jika berminat boleh terlibat sebagai anggota dalam persatuan ini sebagai ahli.disediakan dalam blog ini pelbagai ruang yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahlinya berkarya, meluahkan pelbagai pandangan, informasi kegiatan, isu, seminar dan persidangan dan berbangai lagi.Blog ini bukan berasaskan keuntungan atau populariti masa, sebaliknya lebih mementingkan khidmat peradaban yang bergerak ke arah pengupadayaan persuratan Melayu. Semoga usaha kecil persatuan ini dapat membuah hasil dan dapat dipetik pula oleh generasi bangsa pada masa hadapan.

Isnin, 20 Disember 2010

SAJAK CAHAYAMATAKU TERISTIMEWA

cahayamataku teristimewa

kau seperti cahayamataku yang lain
dilahirkan penuh sambut dan beradat
dialun iqamah ke cupingamu
moga kau kan jadi harapan serikandi
seperti cahayamataku yang lain
kau bertatih,beragah rajuk dan tangis
menjadi alunan irama bondamu.

cahayamataku teristimewa
rajukmu tidak sekata,
tangismu penuh kesakitan
mimpimu sering diganggu
lenamu tidak pernah panjang
riuh siangmu dalam sepi
sepi malammu dalam sendu
suaramu adalah irama luka
agahmu penuh kepedihan.

terkadang bonda tertanya
inikah tanda dosaku semalam?
inikah takdir yang tak terpikul?
inikah suratan yang tak tergalas?
dalam pasrah qada` dan qadar Allah
dan ketentuan janji AzaliMu
itulah kebesaran Tuhan-Ku

memilikimu cahayamataku teristimewa
tanda kasih sayang-Nya yang Esa pada bonda
bonda insan terpilih
menerima ujian-Nya
walau terkadang tak terpikul bebannya.

cahayamataku teristimewa
kini kau telah melangkah usia remaja
remajamu tidak seperti temanmu
kau tetap dalam kelainan yang istimewa
kau diciptakan Allah dalam
ujian yang hebat,
memilikimu
seperti cahayamataku yang lain
kau tetap berada dalam dakapan hangat kasih
bonda selamanya.

Nukilan,
Jamilah Mohamad Nor
Dis 2010.

Khamis, 21 Oktober 2010

DISKUSI SASTERA DENGAN MEDIA DALAM LIPUTAN AKHBAR

Diskusi Sastera dengan Media yang dianjurkan pada 6 Oktober 2010 lalu bertempat di bangunan E-Learning UPSI telah berjalan lancar. Seramai 120 peserta terlibat yang terdiri daripada Editor majalah, akhbat dan editor penerbit buku, para profesor, pensyarah, ahli persatun BUDIMAN, pelajar dan wartawan p-elbagai media. Disuksi menjadi medang kepada peserta menyuarakan pandangan serta buah fikiran tentang peranan media dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu daripada sudut penerbitan dalam media cetak. Diskusi ini mendpt liputan meluas akhbar Berita Harian dan Harakah. Diskusi kali ini berjaya mempertemukan tokoh-tkoh editor dengan peminat sastera, penulis dan bakal penulis yang ingin menghantar karya ke media cetak.

TAHNIAH KEPADA KERABAT BUDIMAN

Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) merakamkan ucapan tahniah atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) kepada Ketua 1, sdr a halim ali sempena Istiadat konvekesyen UPSI ke-12 pda 13 Oktober baru-baru ini.Demikian juga dengan sdr Ghazali Din yang menerima ijazah Sarjana (MA) Penulisan Kreatif.

Isnin, 4 Oktober 2010

SAJAK TERBAHARU

Si Cantik Si Jelik



Si cantik
dan
si jelik
diam dalam diriku.

Si cantik buat kumenarik
si jelik buat kusebalik.

Si cantik buat kuindah
si jelik buat kuhodoh.


Si cantik buat kughairah
si jelik buat kugundah.

Si cantik buat kumegah
si jelik buat kumuhasabah.

Si cantik jelik.
si jelik cantik.


Semsas, Kuantan
04092010

Khairul Hakimi Mansor
No. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4,
Country Home,
26060 Kuantan.

Sabtu, 2 Oktober 2010

AKTIVITI DALAM BULAN OKTOBER 2010

Kepada semua ahli Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Berikut dimaklumkan beberapa aktiviti pada minggu pertama bulan Oktober.

1) Diskusi Karya Siri III
Novel: Menjaring Mimpi (Johari Abd Hamid)
Panel: Prof. Madya Dr. Talib Samat
Encik Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir
Dr. Hj abdul Ghani Abu
Moderator: Dr. Azhar Haji Wahid

Tempat: Dewan Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun.
Masa : Jam 8.00 - 1.00 tengah hari
Masuk : Percuma
Makanan disediakan.

2) Diskusi Sastera dengan Media
Panel Rozninah Abd Azib (Editor Kanan Majalah Dewan Sastera), DBP
Ku Seman Ku Hussien (Pen. Editor, Mingguan Malaysia).
SM Zakir, Penulis/Setiausaha PENA
Asma Fadila (Editor Penerbit PTS)

Moderator: Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin

Media jemputan: Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo, Dewan
Sastera, Tunas Cipta, Warta Kampus, PENA, Penerbit UPSI, Penerbit PTS

Tempat : Aras 5, Bangunan E-Learning, UPSI.
Masa: Jam 2.40 petang - 5.00 petang.
Berkonsepkan Hi-Tea dan jamuan raya: bayaran RM 20.00 / Pelajar uni. 10.00

Kepada semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Ahad, 29 Ogos 2010

BACA PUISI 1957

Persatuan Penulis budiman (BUDIMAN) akan menganjurkan Majlis Santai Baca Puisi 1957 pada 1 September 2010 (Rabu) bertempat di Anjung Pendeta, Fakulti Bahasa dan Komunikasi bermula jam 10.00 pagi - 12.30 tengah hari. Tujuan baca puisi ini ialah untuk mengimbau dan menyemarakkan semangat kemerdekaan negara serta memperbaharui tekad mempertahankan kemerdekaan negara. Antara penyajak yang dijangka terlibat ialah a halim ali, Mohd Rosli Saludin, Bukhari Lubis, Johari Hamid, Ihsan Noorzali,Arif Mohd, Ani Omar, Azhar Wahid dan Ghani Abu. Turut menyertai baca puisi ini ialah ahli-ahli BUDIMAN, para pelajar dan pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Khamis, 26 Ogos 2010

DUA SAJAK TERBAHARU

SRIKANDI

Sudah aku menelusuri sifatmu
Serta bait-bait lafaz yang kau tinggalkan
Kisah sedih dan riang yang kau lalui
Tidak mampu aku bayangkan
Perit dan pedih luka yang menanggung

Siti Khadijah
Usia tuamu bukan penghalang cinta nabi
Pada wanita setabah dan sesabarmu
Berkorban harta dan jiwa
Demi cinta pada Allah dan rasul

Rabiatul Adawiyah
Suci kasihmu pada-Nya bukan biasa
Biar seribu lelaki mendambakan kasih
Namun kau bukan begitu
Kerana kasihmu
Hanya luhur kepada tuhan

Dan aku
Bukan siapa-siapa
Yang berhak menjadi sepertimu
Hanya sebutir pasir di kaki
Di sisi tuhan
Jauh sekali mengharapkan kasih lelaki
Yang zuhud seperti nabi
Namun aku tetap menantinya
Untuk bersama-sama
Ke syurga



LAGU-LAGUKU YANG TERINDAH (BUAT TEMAN-TEMAN)



Aksara cinta bermain di ruang mata
Menciptakan bait-bait lagu yang indah
Warna-warna terang yang menyilaukan
Ternyata mampu membina bahagia

Lagu-laguku yang indah
Ada baris-baris cerita bersama
Dalam ratap duka kita
Pahit manis pasti dikenang

Simpanlah kenangan kita
Selama empat tahun bersama
Menyemai janji-janji untuk tetap bersatu
Bersahabat sepanjang hayat
Sepeti lagu-laguku yang indah

Aku mengenang masa silam yang kita lalui
Kadang seperti jalan yang tidak merata
Namun, itu bukan penghalang
Untuk kita mencapai tujuan yang sama
Di Maktab Ibu Kandung ini
Yang kita janjikan dahulu
Mengecap manis kejayaan menuntut ilmu
Di samping mengenali sikap kita

Yakinlah kita pasti akan bersama
Biar kita sudah mengemudi haluan masing-masing
Janji untuk bersama pasti tidak terlupa
Kerana kita tahu
Nilai sebuah persahabatan yang utuh
Meskipun badai melanda
Kerana kita sudah bersedia
Dengan rumah yang teguh terbina
Dibeli dengan harga sebuah keikhlaan
Serta tingginya nilai sebuah kejujuran
Dari kedai keinsafan

Berjanjilah menjaga rumah kita ini
Dengan setitis doa dan harapan
Hiaslah rumah kita
Dengan bunga kejujuran
Yang lahir dari hati yang tulus
Setulus cinta kita pada tuhan


NORHAZWIN BINTI MUHAMAD HASHIM
Tanjong Malim.
Feb 2010

SAJAK

Kami siarkan sajak kriman Norhazwin Mohd Hashim berjudul `Seorang Pemandu bas`. Tahniah atas sumbangan sajak sdri.


SEORANG PEMANDU BAS

Dari bening pagi hingga malam kelam
Tidak pernah berhenti
Menekan pedal minyak
Dan memutar stereng
Hanya kerana ingin melihat
Bangsamu berjaya
Di puncak menara gading ini
Tanggungjawabmu lebih besar
dari seorang pensyarah
Kerana di tanganmu
Terletak beribu nyawa
Bakal beribu guru


Norhazwin binti Muhamad Hashim
Tanjnong Malim.

SAJAK

Di sini saya siarkan sajak kiriman sdr Khairul Hakimi Mansur berjudul Menyapa Sungai Melaka. Maaf kpd sdr Hakimi, krn emel perbudiman baru dibuka. Terima kasigh kpd sdr kerana menyertai laman blog ini. harap terus beri komitmen.


MENYAPA SUNGAI MELAKA


Di loteng rumah limas Kampung Morten
cerah pagi mengintai di celah dinding
bayu memujuk menepuk-nepuk bahu
mengajak duduk di tangga batu


menuruni anak tangga ke selasar serambi
berseranggung di tangga kesejukan
menyapa Sungai Melaka dimamah usia
melimpah ruah kesabaran berkampung
melayani cucu cicit anak kandung
Tun Teja, Tun Jebat, Tun Tuah
Tun Kudu, Tun Mutahir,
Tun Ali, Tun Fatimah

mata meliar-liar tercari-cari
belacak hodoh
dan udang galah sepit biru
yang menghilang dibaham
gelojoh algojo modenisasi


KHAIRUL HAKIMI MANSOR

Kg. Morten
02062008
N0. 3, Lorong Sg. Soi Baru 4
Country Home
26060 Kuantan

Selasa, 3 Ogos 2010

SLOT RISENSI BUKU TANDUK SUMBING BERSAMA RTM


Pada 29 Julai 2010 (Khamis) lalu, Ketua 1, Sdr a halim ali bersama `Dr mohd Johari (AJK) Persatuan Penulis Budiman telah ke udara dalam slot Risensi bersama RTM. Risensi ini bagi memperkatakan secara ringkas tentan buku antologi Tanduk Sumbing yang akan dilancarkan pada 31 Julai 2010. Risensi bersama RTM berlangsung dalam suasana ceria selama 15 minit yang dikendalikan oleh Sdr Ramli Awang Morshid.

Isnin, 2 Ogos 2010

SEMINAR KESUSAS MELAYU MUTAKHIR


Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) dengan kerjasama Kursi Tun Abdul Ghaffar, UPSI telah menganjurkan Seminar Kesusasteraan Mutakhir sempena pelancaran Buku antologi Tanduk Sumbing pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Barisan ahli panel yang terlibat ialah:
1) Dr Mawar Shafei yang menganalisis perkembangan terbaharu novel Melayu khususnya yang melibat novelis wanita angkatan baharu.
2)Nisah Harun dari Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)membentangkan perkembangan terbaharu novel fiksyen sains di Malaysia.
3) Mohd Daud mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera (DBP)membincangkan perkembangan cerpen,
SM Zakir (PENA) membincangkan pengaruh pascamodenisme dalam cerpen Melayu
4) Hj Naffi Mat (UPM) membincangkan perkembangan mutakhir kesusasteraan Melayu khususnya yang melibatkan peranan SITC-UPSI.
5) Prof Zakaria Ali membincangkan perkembangan puisi
6) A.Halim Ali (Ketua 1, Budiman) mengulas puisi dalam antologi Tanduk Sumbing
7) Ariff Muhammad (Budiman) menganalisis cerpen dalam antlogi Tanduk sumbing
8) Dr Azhar Wahid (Budiman) menganalisis novel Hembusan Rindu karya Ismail Man

Semianr ini disertai hampir 300 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i, pelajar sekolah, kaki tangan UPSI, peminat sastera dan juga ahli-ahli Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Rabu, 28 Julai 2010

KETUA 1 DALAM PROGRAM RISENSI BUKU BERSAMA RTM

Ketua 1, sdr a halim ali dijangka hadir ke udara dalam program Risensi Buku siaran RTM pada hari Khamis jam 8.15 pagi. Beliau menjadi tamu program itu selama 10 minit bagi mempromosikan seminar kesusasteraan Melayu semasa dan majlkis pelancaran antologi `Tanduk sumbing` yang akan dilandarkan pada 31 Julai ini di UPSI. turut bersama beliau ialah AJK persatuan Dr. mohd Johari abdul Hamid.

SEMINAR KESUSASTERAAN MELAYU MODEN SEMASA

Pihak Persatuan Penulis Budiman akan menganjurkan secara bersama dengan pihak Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba, UPSI Seminar Kesusasteraan Moden Semasa bersempena majlis pelancaran antologi buku `Tanduk Sumbing` pada 31 Julai 2010 (Sabtu) ini bertempat di Auditorium Utama UPSI bermula jam 8.00 hingga 5.30 petang. Seminar ini membariskan panel daripada kalangan tokoh-tokoh sastera tanah air seperti Dr Mawar Safei (UKM), SM Zakir (PENA), Nisah Haron (PEN), Mohamad Daud Mohamad (DBP), Naffi Mat (UPM), a halim ali (Ketua 1, BUDIMAN), Profesor Emeritus Dato Mohd Yusof Hassan (Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, UPSI), Dr Azhar Wahid (UPSI), Ariff Muhamad (BUDIMAN), Dr Mohd Johari Abdul Hamid (UPSI), Prof., Dr. Zakaria Ali (UPSI)dan Dr Abdul Ghani Abu (UPSI).Seminar dan pelancaran antologi ini akan disempurnakan oleh Orang Besar Batang Padang. Seramai 300 peserta dijangka hadir.
Ketua 1 sdr a halim ali menyerukan kepada semua ahli BUDIMAN diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan ini.

Rabu, 19 Mei 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF BERJAYA


Bengkel penulis kreatif anjuran Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pendidikan Bahasa Melayu Semester 5, UP{SI, telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mac 2010 bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan tuanku Bainun, UPSI. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar terlibat dalam bengkel sehari ini.
Antara pengisian bengkel ialah Kaedah menulis novel yang disampaikan oleh Dr Hj Talib Samat, Penulisan cerpen oleh Sdr Ariff Mohd dan penulisan sajak oleh Sdr A.Halim ali. Pada sebelah petang diadakan sesi dialog bersama Editor Kanan Sastera Berita Harian Pn Salbiah Ani dan Editor Kanan Majalah Dewan Sastera, Puan Rozninah Abd Aziz..

Sabtu, 6 Mac 2010

BUDIMAN AKAN ANJUR BENGKEL SEHARI PENULISAN KREATIF


Persatuan Penulis BUDIMAN akan menganjurkan Bengkel Sehari Penulis Kreatif pada 3 April 2010 (Sabtu) bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar da nahli BUDIMAN dijangka akn terlibat. Menurut Penyelaras program Encik Ariff Mohamad (foto) yang juga Setiausaha 2 BUDIMAN, bengkel sehari ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada ahli yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam penulis cerpen, novel dan sajak.Semua ahli persatuan BUDIMAN dijemput menghadiri bengkel ini.

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN DGN PENYANDANG KERUSI TUN ABD GHAFFAR

Ketua 1 Persatuan Penulis BUDIMAN telah mengadakan perbincangan bersama Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursis Tun Abdul Ghaffar, di pejabatnya baru-baru ini bertujuang membincangkan ruang kerjasama yang dapat dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Turut hadir dalam perbincangan itu ialah encik Ismail Man, Bendahari Persatuan Penulis BUDIMAN. Antara aktiviti yang dijangka akan diadakan dalam bentuk kerjasama ialah disikusi buku, Himpuman cendekiawan Melayu tiga generasi dan pengendalian sayembara kreatif.

BUDIMAN KERJASAMA JAYAKAN SEMINAR

Persatuan Penulis BUDIMAN telah berkerjasama dengan Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI dan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) menjayakan Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali PK bertempat di Dewan Seri Tanjung, UPSI pada 5-6 Mac lalu. Ketua 1, Sdr a. halim ali terlibat secara langsung sebagai Naib Pengerusi Seminar, di samping turut membentangkan kertas kerja pada seminar tersebut. Antara kerabat BUDIMAN yang turut terlibat dalam seminar ini ilaah Ketua 2, Dr AZhar Wahid, Setiausaha Hasrina Baharum dan ahli-ahli yang lain. Seminar ini turut melibat ramai pembentang daripada luar UPSI seperti Dato' Jaafar Ramih (KALAM), Mohamad Daud Muahmad (DBP), Salamiah Ismail (DBP), Zaiton Ajmain (DBP), Mohd Shahidan (DBP), DAto Mansur Abdullah (DPMP), Onn Abdullah (Karyawan PK),Mana Sikana (Singapura) dan lain-lain lagi.

Ahad, 7 Februari 2010

BUDIMAN AKAN KERJASAMA DENGAN ASAS50

Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN), akan berkerjasama dengan pihak ASAS 50 (Angkatan Sasterawan 50) Singapura bagi menjayakan pelbagai aktiviti pengembangan persuratan Melayu di Malaysia dan juga di Republik Singapura. Demikian tegas Sdr a.halim ali, Ketua 1 BUDIMAN sewaktu menghadiri mesyuarat bersama ASAS50 Singapura di Fakulti Bahasa pada 5 Februari baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr. Abdu Ghani Abu, Dekan Fakulti Bahasa itu, pihak UPSI (yang diwakili Fakulti Bahasa dan Institut Peradaban Melayu) membincangkan secara terperinci perancangan bagi melaksanakan beberapa program pengembangan persuratan Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam memorandum persefahaman 3 tahun lalu.
Dalam mesyuarat itu, BUDIMAN diwakili Ketua 1, Sdr a halim ali, Ketua 2, Dr Azhar Wahid dan Setiausaha 1 ,Pn Hasrina Baharum.

Rabu, 3 Februari 2010

SEMINAR PEMIKIRAN SUHAIMI HJ MUHAMMAD DAN GHAZALI MALIM PK


Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) akan memberikan kerjasama sepnuhnya kepada pihak Karyawan Pk dan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI utuk menjayakan Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Hj Muhammad dan Ghazali Malim Pk pada 5-6 Mac ini. Perkara ini ditegaskan oleh Ketua 1 Sdr a halim ali (foto) dalam perbincangan membincangkan cadangan melaksanakan seminar itu baru-baru ini di Bilik Hamzah Fansuri, Fakulti Bahasa, UPSI. Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Ghazali Malim Pk, Prof. HM Bukhari Lubis, Dr Talib Samat, Ihsan Noorazali dan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa, Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin.

Ahad, 31 Januari 2010

BUDIMAN ANJUR DISKUSI KARYA


Satu majlis Diskusi karya telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa serta Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Diskusi karya membiacara sebuah novel karya Hasrima Baharum berjudul Kiblat Mawaddah dan kumpulan puisi Ihsan Noorzali berjudul Merindui Alam.
Panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah Dr Azhar Wahid, Ariff Mohamad dan Dr Talib Samat yang mendiskusikan novel Kiblat Mawaddah. Manalah kumpulan puisi Merindui Alam didiskusikan oleh Dr Mohd Johari Hamid dan Taj Rijal Mohamad Romli. Majlis diskusi ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof. Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin.
Majlis diskusi ini melibatkan para peserta daripada kalangan pelajar iojazah sarjana muda, pelajar sarjana, ahli akademik dan orang awan seramai 120 orang.

AJK BAHARU BUDIMAN

Mesyuarat agung kali pertama BUDIMAN telah memutuskan ajk penaja sebelum ini dilantik sebagai ajk Budiman. Keanggotaan baharu ajk terdiri daripada dua orang pelajar sarjana dan sarjana muda sastera. Berikut ialah senarai ajk baharu BUDIMAN;

Ketua 1 : Dr.Abdul Halim Ali (a.halim ali)
Ketua 2 : Dr Azhar Hj Wahid
Setiausha 1 : Pn.Hasrina Baharum
Setiausaha 2 : Sdr.Ariff Mohamad
Bendahari : Sdr.Ismail Man
AJK:
Penerangan &
Perhubungan : Sdr.Ghazali Din (Ihsan Noorazali)
Persidangan : Prof. Madya Dr Talib Samat
Penerbitan : Dr Hj Mohd Johari Abd. Hamid
Keagamaan : Sdr.Taj Rijal Mohamad Romli
Kemasyarakatan: Sdr.Mohd Zawawi Jahya

MESYUARAT BUDIMAN AGUNG BERJALAN LANCAR


Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Penulis Budiman (BUDIMAN) berjalan lancar. Seramai 30 orang ahli berdaftar menghadiri mensyuarat ini. Prof. Bukhari Lubis telah berjaya menjalankan tugas sebagai Pengerusi mesyaurat. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah Undang-Undang Persatuan, laporang aktiviti, perkembangan terkini keahlian dan juga pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu. Mesyuarat penubuhan persatuan ini telah mendapatliputan akhbar Berita Harian dengan siaran akhbar pada 27 Januari.

Selasa, 12 Januari 2010

DISKUSI KARYA DAN MESYUARAT AGONG PERTAMA

Budiman akan mengadakan mesyuarat agung pertama pada 23 Jan 2010 (Sabtu) jam 11.45 pagi bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun. Krpada semua ahli berdaftar dan juga ahli yang belum berdaftar atau pensyarah yang berminat dengan sukacitanya dijemput hadir pada mesyuarat tersebut.
Selain itu, satu majlis diskusi karya akan diadakan pada jam 8.30 pagi di tempat yang sama. Diskusi karya membicarakan novel Kiblat Mawaddah karya Hasrina Baharum dan Kumpulan Puisi Ihsan Norazali.

Selasa, 5 Januari 2010

SAJAK: DURI DALAM BELUKAR KITA

Duri dalam belukar kita
(kepada siapa yang mengerti)


Tumbuh dari dua pohon hawa
dari tulang rasa hati
tajam durinya merentang
di tengah-tengah laluan
dalam belukar kita
tempat cucu adam berpijak
dan bermain-main di meja.

Kita masih nanar dalam belukar
walaupun tahu tajamnya duri
kita terpijak dan disentak
sudah berapa kali
meja dan kerusi
tempat duduk kita menjadi
tidak selesa, keras dan berkeluli
panas dan membakar hati.

Suara kita luka berdarah
suara siapapun tidak diendah
ini suara dari gema pohon hawa
wangi dan tajam berduri
membelah ulu hati.

Daerah kita telah lama kehilangan seri
daerah kita telah lama dimamah api
cucu adam kian luka di kaki
berdarah di hati.

Duri dalam belukar kita
menyucuk jantung cendekiawan
menyentak kesinambungan
sebuah kegemilangan.

Tanjung Malim.
5 Jan 2010